EKONOMI

SAPURA ENERGY SUSUN RANCANGAN ATUR KEDUDUKAN KEWANGAN

01/07/2024 06:28 PM

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Sapura Energy Bhd sedang menyusun rancangannya untuk mengatur kedudukan kewangan syarikat sejak diklasifikasikan sebagai syarikat Nota Amalan 17 (PN17) dan diberi lanjutan masa untuk mengemukakan pelan tersebut.

Syarikat yang sedang berdepan masalah kewangan itu telah diberikan lanjutan masa enam bulan sehingga 30 November depan oleh Bursa Malaysia Securities Bhd untuk mengemukakan pelan penyusunan semulanya,

Sapura Energy berkata kemas kini status hari ini adalah sebahagian daripada keperluan penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia.

“Syarikat ini, bersama-sama penasihatnya akan terus membangunkan pelan itu secara aktif untuk memastikan pelan tersebut cukup kukuh untuk menangani keadaan perniagaan dan kewangannya ," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Pada 3.02 petang, saham syarikat itu tidak berubah pada empat sen dengan 2.31 juta saham diniagakan.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan