DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP TINGGI

01/07/2024 07:21 PM

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Kontrak bulan semerta Julai 2024 naik 5.5 mata kepada 1,602.0, Ogos 2024 berada pada 1,604.0, September 2024 meningkat 4.5 mata kepada 1,588.0 dan Disember 2024 menokok 6.0 mata kepada 1,595.0. 

Jumlah dagangan menyusut kepada 8,046 lot daripada 14,970 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka turun kepada 47,045 kontrak daripada 57,416 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.51 peratus atau 8.11 mata kepada 1,598.20 daripada 1,590.09 sebelumnya.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan