AM

AGONG TERIMA MENGHADAP RAFIZI, MOHD UZIR

02/07/2024 01:38 PM

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin di Istana Negara hari ini. 

Menerusi perkongsian dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda dipersembahkan mengenai pelaksanaan Banci Pertanian 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Pada 4 Mac lepas, DOSM dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 1.3 juta pengusaha pertanian akan dilibatkan dalam bancian yang meliputi fasa pertama bermula 13 Feb hingga 31 Mac dan fasa kedua pada 7 Julai hingga 10 Okt.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan