DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP RENDAH

05/07/2024 06:54 PM

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Kontrak bulan semerta Julai 2024 jatuh 5.5 mata kepada 1,619.0, Ogos 2024 turun 6.0 mata kepada 1,621.0, September 2024 susut 7.0 mata kepada 1,604.0 dan Disember 2024 turun 6.5 mata kepada 1,611.5.

Jumlah dagangan menurun kepada 7,865 lot daripada 8,264 lot semalam, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 49,859 kontrak daripada 50,015 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 5.73 mata kepada 1,611.02 berbanding 1,616.75 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA

 

 

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan