DUNIA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI

05/07/2024 08:18 PM

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives terus ditutup tinggi, menjejaki prestasi niaga hadapan emas COMEX.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2024 meningkat kepada US$2,370.50 setiap auns troy daripada US$2,368.70 setiap auns troy pada Khamis, manakala Ogos 2024 menokok kepada US$2,386.50 setiap auns troy daripada US$2,384.70 setiap auns troy semalam.

 Kontrak September 2024, Oktober 2024, Disember 2024, dan Februari 2025 semuanya naik kepada US$2,386.50 setiap auns troy daripada US$2,384.70 setiap auns troy sebelum itu.

Jumlah dagangan merosot kepada satu lot daripada tiga lot semalam, manakala kepentingan terbuka susut kepada enam kontrak daripada sembilan kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$2,358.65 setiap auns troy, menurut penetapan London Bullion Market Association pada 4 Julai.

-- BERNAMA  

 

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan