DUNIA

IBU PEJABAT UNRWA DI GAZA MUSNAH AKIBAT KONFLIK -- PHILIPPE LAZZARINI

16/07/2024 01:15 PM

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Ibu Pejabat Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Gaza telah musnah dan kini bertukar menjadi medan pertempuran, kata ketua pesuruhjaya UNRWA Philippe Lazzarini.

Beliau berkata situasi itu menandakan satu lagi episod konflik berterusan yang mempamerkan pengabaian undang-undang kemanusiaan antarabangsa secara terang-terangan.

"Kemudahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mesti dilindungi setiap masa. Ia tidak boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan atau pertempuran.

"Setiap peperangan mempunyai peraturan. #Gaza tidak terkecuali," menurut hantarannya di platfrom X  pada Isnin.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan