DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP RENDAH

16/07/2024 07:41 PM

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai.

Kontrak bulan semerta Julai 2024 dan Disember 2024 merosot 4.5 mata masing-masing kepada 1,629.5 dan 1,623.5, Ogos 2024 turun 5.5 mata kepada 1,632.0 manakala September 2024 berkurangan 5.0 mata kepada 1,616.0.

Jumlah dagangan menyusut kepada 8,414 lot daripada 14,144 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka turun kepada 53,130 kontrak daripada 54,423 kontrak.

Pada 5 petang, FBMKLCI berkurangan 3.86 mata kepada 1,625.96 daripada paras penutup 1,629.82 pada Isnin.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan