DUNIA

PENUMPANG SINGAPORE AIRLINES MENINGKAT HAMPIR 14 PERATUS PADA JUN

16/07/2024 09:48 PM

SINGAPURA, 16 Julai (Bernama-Xinhua) -- Singapore Airlines (SIA) mengangkut lebih 2.16 juta penumpang bulan lepas, meningkat 13.9 peratus tahun ke tahun, menurut statistik operasi terkini, lapor Xinhua.

Syarikat penerbangan kos rendah Scoot, yang berada dalam kumpulan yang sama, mencatatkan hampir 1.04 juta penumpang pada Jun, pertumbuhan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak dua peratus.

Muatan kargo Kumpulan SIA meningkat 24.9 peratus tahun ke tahun bulan lepas, disokong oleh pasaran e-dagang yang kukuh dan lonjakan permintaan akibat gangguan pengangkutan laut dan kesesakan pelabuhan.

Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan