JENAYAH & MAHKAMAH

KILANG PROSES BUAH KELAPA SAWIT TERBAKAR DI TANAH MERAH

17/07/2024 09:55 AM

KOTA BHARU, 17 Julai (Bernama) -- Sebuah kilang memproses buah kelapa sawit di Felda Kemahang 2, Tanah Merah terbakar malam tadi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata bomba menerima panggilan pada 11.25 malam dan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah dan BBP Kemahang digerakkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik sampai di tempat kejadian, kami dapati kilang telah terbakar sebanyak 50 peratus tetapi tidak melibatkan mangsa.

"Api berjaya dipadamkan pada 11.43 malam tadi menggunakan jentera FRT-2 serta sebuah tanker bomba,” katanya ketika dihubungi hari ini.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan