DUNIA

EMAS CAPAI TAHAP HARGA TERTINGGI BAHARU, CECAH US$2,487.25 SEAUNS

17/07/2024 05:57 PM

MOSCOW, 17 Julai (Bernama-Sputnik) -- Harga emas mencapai tahap tertinggi baharu sebanyak US$2,487.25 seauns pada Rabu, menurut data dagangan.

Penganalisis sedang memantau dengan teliti statistik Amerika Syarikat (AS) akan datang, yang sangat mempengaruhi harga emas.

Setakat 8:10 GMT, kontrak hadapan emas Ogos di bursa New York Comex meningkat 0.52 peratus kepada US$2,480.6 seauns, setelah mencapai puncak awal pada US$2,487.25 seauns. Sementara itu, kontrak hadapan perak September menurun 0.92 peratus kepada US$31.17 seauns.

Kemudian pada Rabu, Jabatan Perdagangan AS akan menerbitkan data mengenai bilangan bangunan baharu di negara itu. Jumlah rumah baharu yang memulakan pembinaan pada bulan Jun dijangka meningkat kepada 1.31 juta daripada 1.277 juta pada bulan Mei.

Pada hari yang sama, Rizab Persekutuan AS akan menerbitkan Buku Beige -- komen bulanan mengenai situasi ekonomi di negara itu.

--BERNAMA-SPUTNIK

 

 

 

 


 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan