DUNIA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI

17/07/2024 08:22 PM

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan peningkatan, menjejak pergerakan harga emas di Bursa Komoditi New York (COMEX).

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semasa Julai 2024 meningkat kepada US$2,472.60 setiap auns troy daripada US$2,429.8 setiap auns troy semalam.

Sementara itu, kontrak Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024, Disember 2024 dan Februari 2025 masing-masing meningkat kepada US$2,488.60 setiap auns troy daripada US$2,445.80 setiap auns troy semasa ditutup sebelum ini.

Harga emas COMEX dilapor mencecah paras tertinggi pada Rabu berikutan pasaran menjangkakan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat tidak lama lagi.

Emas semasa menokok 0.2 peratus kepada US$2,473.89 setiap auns, selepas mencecah paras tertinggi sepanjang masa pada US$2,482.29 dalam sesi awal.

Jumlah dagangan meningkat kepada 34 lot daripada 29 lot semalam manakala kepentingan terbuka menokok kepada 46 kontrak daripada 36 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$2,443.20 setiap auns troy, berdasarkan penetapan petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 16 Julai.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan