AM

FELDA RAI PENGAMAL MEDIA ATAS LIPUTAN TEPAT HARI PENEROKA FELDA 2024

18/07/2024 12:12 AM

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kehadiran pengamal media membuat liputan berkenaan Hari Peneroka Felda 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) Serdang baru-baru ini menunjukkan satu tautan amat baik dengan warga Felda.

Justeru, Felda mengadakan Majlis Makan Malam Rai Media sebagai tanda terima kasih kepada pengamal media atas liputan tepat berkaitan hari tersebut yang diadakan selama tiga hari bermula 12 hingga 14 Julai lepas.

Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) Felda Datuk Mohd Banuri Aris berkata hebahan media adalah tunjang utama dalam menyebarluaskan segala inisiatif dan program Felda kepada masyarakat.

“Memang tidak dinafikan bahawa segalanya bermula daripada komunikasi. Sebut sahaja komunikasi tentunya merupakan hebahan yang dibuat sedikit sebanyak berasaskan media,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu, di sini malam ini.

Pada 14 Julai, sambutan Hari Peneroka FELDA 2024 mencatat kejayaan apabila berjaya menarik lebih 500,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengumumkan penganjuran Karnival Usahawan Desa dan Hari Peneroka Felda akan digabung pada tahun depan di bawah kendalian Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan