BERITA TERGEMPAR   PRK Nenggiri: Jentera PH akan digerakkan bantu kempen calon BN- Fahmi | 
 EKONOMI

SCOOT PERKENAL PENERBANGAN HARIAN KE SUBANG MULAI 1 SEPT

18/07/2024 09:42 PM

SINGAPURA, 18 Julai (Bernama) -- Syarikat penerbangan tambang rendah Singapore Airlines, Scoot telah memperkenalkan penerbangan harian ke Subang berkuat kuasa 1 Sept, menyediakan pilihan alternatif kepada pelancong untuk perjalanan yang mudah antara republik itu dan Kuala Lumpur.

Syarikat penerbangan tersebut akan mengendalikan laluan Singapura-Subang sebanyak tujuh kali seminggu menggunakan pesawat Airbus A320 miliknya. Jadual penerbangan tertakluk kepada kelulusan atau perubahan kerajaan serta kawal selia.

Tempahan bagi penerbangan masuk dan keluar Subang boleh didapati mulai hari ini melalui laman web dan aplikasi mudah alih Scoot, selain secara progresif melalui saluran lain, dengan tambang kelas Ekonomi bermula dari S$83 dan RM108 termasuk cukai.

Scoot berkata, dengan penambahan itu, rangkaian laluannya akan meningkat kepada 70 destinasi termasuk destinasi lain di Malaysia seperti Ipoh, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi, Miri, Pulau Pinang dan Sibu.

Syarikat itu berkata menjelang September , ia akan mengendalikan 110 penerbangan mingguan ke Malaysia

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan