AM

MALAYSIA MENIKMATI KESTABILAN POLITIK, JOHARI BERITAHU KOMUNITI MALAYSIA DI DELHI

19/07/2024 10:55 AM

NEW DELHI, 19 Julai (Bernama) -- Malaysia menikmati kestabilan politik dan pilihan raya seterusnya tidak akan diadakan sebelum 2027, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Johari berkata demikian ketika berucap pada majlis bersama komuniti Malaysia di sini, pada Khamis malam.

Sambil memaklumkan bahawa Malaysia kekal stabil dari segi politik, Johari menekankan keperluan penglibatan yang lebih dekat dengan golongan belia.

Beliau berkata setiap tahun terdaoat sebanyak 400,000 pengundi baharu dan generasi muda kini berpengetahuan luas tentang isu semasa yang berlaku di dunia.

Johari juga memaklumkan tentang penglibatannya semasa lawatan ke India dari 16 hingga 19 Julai.

Menekankan potensi untuk mengembangkan hubungan ekonomi Malaysia-India, Johari berkata "selepas China, negara seterusnya yang patut Malaysia fokus ialah India."

Johari turut memuji tumpuan India terhadap usaha mencapai keselamatan makanan, sambil memastikan kestabilan politik.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan