DUNIA

PENEMBAK CHINA MENANGI EMAS PERTAMA PARIS DALAM ACARA 10M AIR RIFLE BERPASUKAN CAMPURAN

27/07/2024 06:10 PM

PARIS, 27 Julai (Bernama-dpa) -- Gandingan penembak China, Huang Yuting dan Sheng Lihao, memenangi pingat emas pertama Sukan Olimpik Paris selepas menewaskan pasangan Korea Selatan, Keum Ji Hyeon dan Park Ha Jun, dalam final acara 10m air rifle berpasukan campuran, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Pasangan China itu menang dengan keputusan 16-12 di pusat menembak kebangsaan Perancis di Chateauroux.

Sheng meraih pingat perak dalam acara individu di Sukan Olimpik Tokyo tiga tahun lepas manakala ini merupakan penampilan sulung Huang di Olimpik.

Terdahulu, penembak Kazakhstan Alexandra Le dan Islam Satpayev memenangi pingat pertama temasya sukan itu  apabila mereka meraih gangsa selepas menewaskan pasangan Jerman, Anna Janssen dan Maximilian Ulbrich.

-- BERNAMA-dpa

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan