AM

HOSZA UNIVERSITI PERTAMA DI PANTAI TIMUR GUNA DIGITAL LAPAROSCOPIC SUITE

30/07/2024 12:39 AM

"Kaedah ini dapat membantu mengecilkan luka dan kebanyakan pesakit dapat bangun dari katil dan berjalan lebih cepat. 

"Pesakit juga mengalami tahap kesakitan pascapembedahan lebih rendah berbanding pembedahan bukaan besar (laparotomi)," katanya selepas melakukan pembedahan Digital Laparoscopic Suite di HoSZA hari ini.

Selain itu, Dr Ahmad Fardi berkata Digital Laparoscopic Suite juga diguna pakai untuk tujuan  pembelajaran pelajar perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Beliau berkata kaedah itu juga membolehkan pembedahan dibuat secara langsung dan disiarkan secara langsung di bilik seminar, auditorium dan platform siaran maya seperti Google Meet serta Webex.

"Kaedah ini membantu doktor dan pelajar di UniSZA melihat lebih dekat apa dan bagaimana pakar melakukan pembedahan tanpa mereka berada di dalam dewan pembedahan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Ahmad Fardi berkata sebanyak 371 kes kanser kolorektal direkodkan di Terengganu dari 2018 hingga 2022.

Beliau berkata daripada jumlah itu 146 pesakit datang ke hospital dalam keadaan yang memerlukan pembedahan segera.

"Lebih buruk sebanyak 218 kes baharu kanser kolorektal direkodkan dari Januari hingga Julai tahun ini. Ia menunjukkan perkembangan tidak baik dan beban kesihatan yang ketara," katanya.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan