AM

LATIHAN KELAWAR: PESAWAT TERBANG RENDAH DI TAWAU, SEMPORNA DAN LAHAD DATU - TUDM

30/07/2024 12:58 AM

TAWAU, 29 Julai (Bernama) -- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melakukan latihan penerbangan taktikal bagi aset udara secara rendah di sekitar Tawau, Semporna serta Lahad Datu mulai 1 hingga 10 Ogos ini.

TUDM dalam kenyataan hari ini memberitahu perkara itu merupakan Latihan Kelawar 2024  yang dilaksanakan di kawasan Op Pasir membabitkan aset helikoter dan Pasukan Khas TUDM.

Menurut kenyataan itu latihan tersebut bertujuan memperkasakan kesiagaan dan kecekapan anak kapal.

"Selain itu, ia memberi penambahbaikan dalam penerbangan taktikal ketika menghadapi konflik serta ancaman pada waktu malam," menurut kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, TUDM berharap orang ramai tidak cemas atau risau jika melihat pesawat terbang rendah sepanjang tempoh latihan berkenaan.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan