DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI MENINGKAT PADA SESI AWAL DAGANGAN

31/07/2024 10:41 AM

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi pagi ini.

Pada 9.56 pagi, kontrak bulan semasa Julai 2024 menambah 1.0 mata kepada 1,615.5, Ogos 2024 naik 0.5 mata kepada 1,617.5, September 2024 meningkat 1.5 mata kepada 1,601.5, Disember 2024 melonjak 3.0 mata kepada 1,610.

Jumlah dagangan sebanyak 3,154 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 56,414 kontrak.

Pada 10.07 pagi, Indeks FBM KLCI naik 0.55 mata kepada 1,612.49 daripada 1,611.94 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan