DUNIA

PEMIMPIN HAMAS ISMAIL HANIYEH TERBUNUH DALAM SERANGAN UDARA ISRAEL DI TEHRAN

31/07/2024 12:50 PM

ISTANBUL, 31 Julai (Bernama-Anadolu) -- Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di ibu negara Iran, Tehran, umum kumpulan itu pada awal pagi Rabu, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Hamas berdukacita kepada rakyat Palestin, kepada negara Arab dan Islam di seluruh dunia atas kematian syahid Ismail Haniyeh, ketua kumpulan ini yang terkorban dalam serangan Zionis ke atas kediamannya di Tehran selepas menghadiri majlis pelantikan presiden Iran yang baharu,” menurut kenyataan itu di Telegram.

Televisyen Iran juga melaporkan kematian Haniyeh, menyatakan bahawa siasatan mengenai pembunuhan itu sedang dijalankan dan keputusan akan diumumkan tidak lama lagi.

Tiada pengumuman segera dibuat oleh Israel mengenai insiden itu.

-- BERNAMA-ANADOLU

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan