AM

220 KELUARGA DI MUKIM PLENTONG TERIMA BAKUL MAKANAN SUMBANGAN YSIJ

04/08/2024 04:31 PM

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) hari ini menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 220 keluarga di Mukim Plentong, Johor Bahru. 

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini memaklumkan sumbangan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ Mohd Anizam Jamian kepada Pegawai Daerah Johor Bahru Datuk Asman Shah Abd Rahman di Dewan Muafakat Permas, Johor Bahru.

Menurut hantaran itu, YSIJ secara berterusan menyampaikan sumbangan kepada keluarga memerlukan dalam usaha meringankan beban mereka.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan