EKONOMI

JATI TINGGI PEROLEH KONTRAK PENGGERUDIAN BEKALAN KUASA BERNILAI RM33.8 JUTA

05/08/2024 10:17 PM

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat Jati Tinggi Group Bhd (Jati Tinggi), Jati Tinggi Holding Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM33.8 juta daripada Gamuda Engineering Sdn Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata kontrak tersebut termasuk kerja penggerudian untuk pembekalan kuasa di Gombak, Selangor.

Menurut Jati Tinggi lagi, kontrak itu bermula pada 1 Ogos 2024 dan tamat pada 15 Feb 2025.

Sebagai syarat sebelum kerja-kerja dimulakan, Jati Tinggi berkata syarikat itu dikehendaki mendepositkan bon pelaksanaan berjumlah lima peratus daripada jumlah kontrak dalam tempoh 14 hari selepas menerima surat lantikan.

 Bon ini adalah keperluan untuk memastikan syarikat memenuhi kontrak dengan sewajarnya.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan