AM

ANWAR BERI SUMBANGAN KEPADA SENIWATI SAFIAH IBRAHIM BANTU RINGAN KOS PERUBATAN

05/08/2024 11:28 PM

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghulurkan sumbangan kepada Seniwati Negara Safiah atau Sophia Ibrahim, 75, yang dikhabarkan mengalami katarak mata sehingga mengganggu fungsi penglihatan beliau.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Anwar berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau iaitu Ahmad Farhan Fauzi yang mewakilinya pagi tadi.

“Beliau perlu segera menjalani prosedur pembedahan mata bagi mengelak komplikasi yang tidak diingini.

“Justeru, saudara Farhan telah menyampaikan sumbangan bagi pihak saya untuk meringankan beban kos perubatan,” katanya.

Perdana Menteri turut berharap pembedahan Safiah, yang berlakon dalam filem Dr Rushdi di samping seniman agung negara iaitu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, berjalan lancar dan lekas diberi kesembuhan.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan