AM

143 MANGSA BANJIR HULU BERNAM MASIH BERLINDUNG DI PPS PAGI INI

06/08/2024 09:42 AM

SHAH ALAM, 5 Ogos (Bernama) -- Seramai 143 mangsa banjir di Hulu Bernam, Hulu Selangor masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Sungai Selisek setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Hulu Selangor ketika dihubungi memaklumkan jumlah itu meningkat sedikit berbanding 141 yang direkodkan malam tadi. 

Sementara itu, keadaan banjir di enam kawasan kampung yang terlibat iaitu Kampung Sungai Selisek, Serigala, Sungai Nilam, Sekolah, Masjid dan Paya Lebar juga sudah surut sepenuhnya. 

Kerja-kerja pembersihan rumah mangsa akan dijalankan secara gotong-royong hari ini dengan dibantu pelbagai agensi kerajaan sebelum mereka pulang ke kediaman masing-masing.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan