DUNIA

MENTERI LUAR MALAYSIA-THAILAND PENGERUSI MESYUARAT KERJASAMA, PEMBANGUNAN SEMPADAN

07/08/2024 12:42 AM

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan rakan sejawatannya dari Thailand, Maris Sangiampongsa, mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama yang ke-15 untuk Kerjasama Dua Hala dan Mesyuarat ke-6 Strategi Pembangunan Bersama untuk Kawasan Sempadan antara Malaysia dan Thailand di Kuala Lumpur pada Selasa.

Kementerian Luar Negeri Malaysia, dalam laman Facebook rasminya, berkata kedua-dua menteri membincangkan kemajuan kerjasama dua hala, termasuk hal ehwal politik dan keselamatan, hubungan ekonomi, pelancongan, sosial dan budaya serta kesalinghubungan di kawasan sempadan.

Kedua-dua pihak juga menyentuh isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Kedua-dua menteri juga berbincang dan menyusul hasil-hasil perbincangan di antara kedua-dua pemimpin, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin semasa mesyuarat di Rantau Panjang dan Sungai Golok pada 3 Ogos, menurut hantaran itu.

Lawatan ini mencerminkan hubungan rapat antara kedua-dua negara dan mengulangi komitmen mereka untuk meningkatkan kerjasama yang memberi faedah bersama kedua-dua negara berjiran.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan