AM

KEMENTERIAN LUAR DAN UNAM BEKERJASAMA UNTUK TINGKATKAN PROGRAM KESEDARAN PBB DI MALAYSIA

08/08/2024 12:25 AM

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Ketua Setiausaha Kementerian Luar  Datuk Seri Amran Mohamed Zin telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia (UNAM), yang diketuai oleh Presiden Majlis Pentadbirnya, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Rabu.

Dalam satu hantaran di Facebook, Kementerian Luar berkata kedua-dua pihak membincangkan cara untuk memperkukuh kerjasama dalam melaksanakan program yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai PBB dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya golongan belia.

"Kerjasama ini termasuk usaha bersama antara UNAM dan Institut Diplomasi dan Hubungan Luar  (IDFR)," katanya.

-- BERNAMA 

 

 


 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan