DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DIBUKA RENDAH

08/08/2024 10:18 AM

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan kebanyakannya rendah pagi ini.

Pada 9.19 pagi, kontrak bulan semasa Ogos 2024 merosot 4.0 mata kepada 1,588.0, September 2024 berkurangan 5.0 mata kepada 1,569.0, Disember 2024 susut 7.0 mata kepada 1,571.0 dan Mac 2025 turun 9.5 mata kepada 1,560.0

Jumlah dagangan sebanyak 2,510 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 44,019 kontrak.

Pada 9.38 pagi, FBM KLCI merosot 3.79 mata kepada 1,588.96 daripada 1,591.87 pada Rabu.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan