DUNIA

CHINADA DESAK SIASATAN BEBAS TERHADAP USADA

09/08/2024 03:04 PM

BEIJING 9 Ogos (Bernama-CMG) -- Agensi Anti-Doping China (CHINADA) mendesak siasatan bebas dilaksanakan terhadap Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat (USADA) berhubung dakwaan pelanggaran peraturan anti-doping.

Dalam satu kenyataan pada Khamis CHINADA menggesa Kongres Amerika Syarikat (AS) dan Lembaga Pengarah USADA mengambil sikap yang tepat dalam meneliti isu ubat perangsang yang wujud di negara itu selain menghentikan segera retorik murahan dan campur tangan terhadap kerja anti-doping negara lain.

Laporan sebahagian media asing yang mendakwa USADA menyembunyikan amalan atlet AS yang melanggar peraturan ubat perangsang, malah membenarkan mereka terus beraksi dalam kejohanan sukan sudah dalam perhatian CHINADA.

Sementara itu, Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) dalam satu kenyataan susulan dakwaan berkenaan mengesahkan USADA pernah mengecualikan atlet AS yang menggunakan steroid dan eritropoietin (EPO) daripada dituduh dan dikenakan sekatan dalam sekurang-kurangnya tiga kes sejak 2011.

Atlet itu dibenarkan menjadi 'ejen pengintip' untuk USADA dan terus hadir dalam kejohanan sehingga tamat karier mereka.

Modus operandi USADA itu sama sekali tidak sejajar dengan Kod Anti-Doping Dunia serta peraturan yang digubalnya sendiri, dan penguatkuasaannya dalam bidang anti-doping tidak begitu telus sehingga menjadikan keadilan dalam persaingan sukan dan kepentingan milik atlet yang bersih terjejas teruk.

-- BERNAMA-CMG 

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan