AM

RAJA PERMAISURI AGONG TERIMA MENGHADAP NANCY SHUKRI, BINCANG ISU WANITA DAN MASYARAKAT

11/08/2024 05:19 PM

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menerima menghadap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri di Istana Negara, hari ini.

Hantaran di Facebook Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memaklumkan pelbagai isu berkaitan golongan wanita, institusi kekeluargaan dan masyarakat dibincangkan dalam pertemuan yang berlangsung lebih sejam itu.

Turut hadir pada sesi menghadap itu ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Ketua Setiausaha KPWKM  Datuk Dr Maziah Che Yusoff, dan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Norazman Othman.

Hadir sama Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Hanani Sapit dan Ketua Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM) Dr Faridah Awang.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan