AM

PM ANWAR SALUR BANTUAN AWAL RM15,000 UNTUK RUMAH DAIF DI KAMPUNG CHENDOR, KUANTAN

11/08/2024 11:52 PM

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan bantuan awal sebanyak RM15,000 kepada lima buah rumah daif di Kampung Chendor Kuantan, Pahang, bagi membaiki rumah-rumah tersebut.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata bantuan berkenaan disalurkan semasa Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi, melakukan kunjungan ke rumah terbabit di kampung itu, baru-baru ini.

“Beliau (Ahmad Farhan) telah meninjau keadaan rumah-rumah tersebut dan telah menyalurkan bantuan awal sebanyak RM15,000 untuk setiap rumah untuk kos membaiki rumah-rumah tersebut,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan