AM

LEBIH 20 RUMAH TERJEJAS BANJIR DI LABUAN    

12/08/2024 11:57 AM

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 12 Ogos (Bernama) -- Lebih 20 rumah di sini terjejas akibat banjir susulan hujan lebat malam tadi.

Kawasan yang paling teruk terjejas termasuk Kampung Gersik Baru dan Jalan Jumidar Buyong, dengan  paras air naik sehingga satu meter.

Beberapa rumah di Taman Mahkota Impian turut terjejas hingga banjir memasuki ruang tamu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Abdul Rahman Ali berkata anggota bomba dihantar ke kawasan terjejas untuk membantu penduduk memindahkan barangan mereka ke kawasan yang lebih tinggi.

Selain banjir kilat, tanah runtuh berlaku di Kampung Bebuloh Darat, menyebabkan sebahagian rumah rosak.

Abdul Rahman menggesa penduduk terutama yang berada di kawasan rendah supaya sentiasa berwaspada memandangkan keadaan cuaca masih tidak menentu.

“Kami memantau situasi dengan teliti dan akan terus membantu mangsa yang terjejas,” katanya.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan