LABUAN, 13 Ogos (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Labuan menahan sebuah kapal tangki minyak yang membawa 30,000 liter diesel kira-kira 8.6 batu nautika dari utara Labuan pada Isnin.
Pengarah Maritim Labuan Kapten Izwanhadi Idros berkata kapal tangki itu ditahan ketika operasi rondaan rutin Op Sejahtera 1/2022 dan Op Tiris 3.0 sekitar 2 petang.
“Kapal itu yang dikendalikan seorang ketua berusia 37 tahun, ketua jurutera berusia 29 tahun dan tujuh anak kapal kesemuanya warga Indonesia, didapati beroperasi tanpa invois pembelian bahan api yang sah, yang melanggar Akta Petroleum 1984,” katanya kepada Bernama hari ini.
Izwanhadi berkata pemeriksaan selanjutnya mendapati anak kapal itu didapati memiliki dokumen perjalanan yang meragukan.
“Semua sembilan individu termasuk ketua dan jurutera telah ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 untuk siasatan lanjut,” katanya
Izwanhadi berkata kapal itu telah ditunda ke jeti APMM di Patau-Patau untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA