AM

AGONG TERIMA MENGHADAP RAIS TATARSTAN

13/08/2024 10:06 PM

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Rais (Presiden) Republik Tatarstan Rustam Minnikhanov di Istana Negara hari ini.

Menurut hantaran di akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan kedua-dua sahabat lama itu berlangsung kira-kira 45 minit dengan menyentuh peluang kerjasama antara Tatarstan dan Malaysia.

Republik Tatarstan adalah sebuah wilayah majoriti Islam dalam Persekutuan Rusia.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan