AM

TPM AHMAD ZAHID TERIMA KUNJUNGAN KSN BAHARU

14/08/2024 06:34 PM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baharu Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar di kompleks bangunan Pejabat Perdana Menteri, Perdana Putra, Putrajaya. 

Menerusi perkongsian di Facebook, Ahmad Zahid mengucapkan tahniah atas pelantikan Shamsul Azri sebagai KSN baharu berkuatkuasa 12 Ogos lepas. 

“Selamat bertugas,” menurut catatan di Facebook beliau itu.

Shamsul Azri yang merupakan bekas Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), dilantik sebagai KSN ke-16 bagi menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali yang tamat kontrak perkhidmatan pada 10 Ogos lepas.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan