AM

ANWAR TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI TURKIYE, BINCANG KERJASAMA KESELAMATAN, PERTAHANAN

20/08/2024 12:21 AM

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Turkiye diketuai Menteri Pertahanan Yasar Guler dan Ketua Organisasi Perisikan Nasional (MIT) Ibrahim Kalin, bagi membincangkan kerjasama dua hala termasuk sektor keselamatan dan pertahanan.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata dalam pertemuan pada majlis makan tengah hari di Seri Perdana itu, mereka turut membincangkan cadangan lawatan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia dalam masa terdekat.

“Kami berbicara panjang seputar perkembangan isu geopolitik serantau, terutamanya membabitkan krisis kemanusiaan di Palestin.

“Yasar dan Ibrahim turut menyampaikan mesej daripada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan terkait beberapa cadangan dan tindakan susulan dalam usaha bersama menoktahkan peperangan di Gaza,” katanya. 

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan