AM

ISTIADAT PERKAHWINAN PUTERI SULTAN PAHANG BERMULA ESOK

21/08/2024 12:06 PM

KUANTAN, 21 Ogos (Bernama) -- Istiadat perkahwinan puteri Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya FD Idzham FD Iskandar bakal bermula di Istana Abdulaziz esok. 

Menurut kenyataan Pengelola Bijaya Diraja Utama Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya, istiadat perkahwinan diraja itu akan berlangsung pada tiga hari iaitu 22, 23 dan 25 Ogos ini.

Majlis akad nikah diadakan esok diikuti berinai Jumaat ini dan bersanding pada Ahad. 

Kesemua istiadat itu dijadualkan pada 8 malam dan disiarkan secara langsung menerusi dua layar besar di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan satu di Tasik KotaSAS.

Pelbagai acara menarik akan turut dianjurkan di kedua-dua lokasi terbabit sepanjang istiadat.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan