AM

GANGGUAN AIR TIDAK BERJADUAL DI HULU SELANGOR, SABAK BERNAM

24/08/2024 03:03 PM

SHAH ALAM, 24 Ogos (Bernama) -- Sebahagian kawasan di Daerah Sabak Bernam dan Felda Gedangsa, Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Bernam. 

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd Adam Saffian Ghazali berkata hal itu berikutan kekeruhan air mentah yang tinggi akibat aliran kepala air di Sungai Bernam pada tadi.

"Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata pihaknya juga telah mengambil langkah dan akan berusaha meminimumkan impak gangguan kepada pengguna terjejas. 

-- BERNAMA 

 

 


 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan