DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP TINGGI

26/08/2024 08:02 PM

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan aliran meningkat di pasaran tunai.

Kontrak bulan semerta Ogos 2024 meningkat 5.0 mata kepada 1,646.5,  September 2024 naik 4.5 mata kepada 1,627.0, manakala Disember 2024 dan Mac 2024 masing-masing melonjak  6.0 mata kepada 1,633.0 dan 1,619.5.

Jumlah dagangan melonjak kepada 26,074 lot daripada 5,564 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 69,308 kontrak daripada 49,429 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI menokok 3.22 mata atau 0.20 peratus kepada 1,638.96 daripada paras penutup 1,635.74 pada Jumaat minggu lepas.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan