AM

KERANGKA KAWAL SELIA MEDIA SOSIAL: KERAJAAN TIDAK BERHASRAT UNTUK TANGGUH - FAHMI

27/08/2024 04:31 PM

SEPANG, 27 Ogos (Bernama) -- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan tidak berhasrat menangguhkan pelaksanaan kerangka kawal selia atau perlesenan perkhidmatan media sosial.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Temu Mesra Masyarakat Kampung Orang Asli Kelinsing Bersama Menteri Komunikasi di Sepang hari ini. 

Kerangka kawal selia atau perlesenan perkhidmatan media sosial yang diperkenalkan pada 1 Ogos lepas dan berkuat kuasa mulai tahun depan, tidak melibatkan pengguna platform media sosial berkenaan.

Pelesenan itu hanya terpakai kepada pihak penyedia perkhidmatan media sosial.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan