DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI RENDAH DALAM DAGANGAN AWAL

04/09/2024 10:19 AM

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal sejajar dengan kadar asas pasaran tunai.

Sehingga 9.22 pagi, September 2024 merosot 6.0 mata kepada 1,654.0, Oktober 2024 berkurangan 5.0 mata kepada 1,659.0, Disember 2024 susut 8.5 mata kepada 1,659.0 dan Mac 2025 turun 3.5 mata kepada 1,649.5.

Jumlah dagangan sebanyak 2,558 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 46,113 kontrak.

FBM KLCI merosot 3.10 mata kepada 1,673.55 selepas 22 minit dagangan.

-- BERNAMA 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan