AM

SYABAS DAN TAHNIAH ZIYAD - PM ANWAR

04/09/2024 03:46 PM

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan syabas dan tahniah kepada jaguh olahraga para negara Muhammad Ziyad Zolkefli yang meraih pingat perak pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

“Pingat perak yang dimenangi saudara Ziyad adalah yang ketiga buat kontinjen Malaysia di Paris. Syabas dan tahniah Ziyad!,” katanya menerusi X hari ini.

Pada aksi di Stade de France semalam, Muhammad Ziyad melakukan 17.18 meter (m) dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) untuk menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara.

-- BERNAMA

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan