EKONOMI

MALAYSIA CADANG PERLUAS PENGIKTIRAFAN SIJIL HALAL JAKIM KE LEBIH BANYAK NEGARA -- AHMAD ZAHID

17/09/2024 05:46 PM

KUALA LUMPUR, 17 Sept -- Malaysia bercadang untuk memperluaskan pengiktirafan sijil Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ke lebih banyak negara menerusi kerjasama diplomasi Halal.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata setakat ini di peringkat global terdapat 88 buah negara yang telah mengiktiraf sijil Halal JAKIM.

Selain itu, katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam setiap lawatannya ke luar negara sentiasa menekankan tentang perkara itu.

Ahmad Zahid berkata demikian pada Persidangan Perniagaan Halal Sedunia (WHBC) 2024 sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 di sini, hari ini.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan