DUNIA

8 TERBUNUH, 2,750 CEDERA AKIBAT LETUPAN DI SELURUH LUBNAN

18/09/2024 12:46 AM

BEIRUT, 17 Sept (Bernama-dpa) -- Lapan orang terbunuh dan kira-kira 2,750 cedera dalam kejadian letupan terkoordinasi peranti telekomunikasi mudah alih di seluruh Lubnan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa), memetik Menteri Kesihatan Firas Abiad.

Sputnik juga melaporkan, memetik media, bahawa Hospital di Beirut, Saida dan Tyre dipenuhi dengan individu yang cedera.

Terdahulu pada hari itu, agensi berita nasional Lubnan NNA melaporkan berpuluh-puluh orang cedera akibat letupan pager di pinggir selatan Beirut.

-- BERNAMA-dpa

 

 

 

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan