AM

AGONG, RAJA PERMAISURI ZAHIR UCAPAN SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEPADA SULTAN KELANTAN

29/09/2024 09:52 AM

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan ke-55 kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

“Semoga Allah SWT merahmati Baginda dengan kebahagiaan dan melanjutkan usia Baginda,” menurut poster itu.

Kelantan meraikan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan pada setiap 29 Sept sebagai cuti umum.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan