AM

ANWAR MERAFAK SEMBAH TAHNIAH SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN MUHAMMAD V

29/09/2024 11:56 AM

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda ke-55 hari ini.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar mendoakan ke hadrat Allah S.W.T semoga Duli Tuanku serta seluruh kerabat diraja sentiasa berada dalam penuh kedaulatan, selain terus dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.

“Semoga Allah Melindungi Tuanku Dunia dan Akhirat. Daulat Tuanku,” katanya.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga dalam hantaran di Facebook merafak sembah dan mengucapkan tahniah kepada Sultan Kelantan.

Ahmad Zahid mendoakan semoga Baginda sentiasa di bawah peliharaan rahmat dan perlindungan Allah SWT, selamat sejahtera, dilanjutkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik.

"Menjunjung Kasih Tuanku," katanya.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan