AM

UITM LANCAR BUKU MODUL ASPIRASI UTAMA PERKUKUH PEMBANGUNAN KARAKTER PELAJAR

02/10/2024 10:43 PM

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Buku “Modul Aspirasi Utama” dilancarkan hari ini bersempena Minggu Destini Siswa (MDS) dan Ulang Tahun Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang ke-25.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM Prof Mohd Sazili Shahibi berkata buku tersebut  memfokus ke arah memperkukuhkan pembangunan karakter siswa-siswi UiTM khususnya dari aspek pemantapan DNA UiTM dalam diri pelajar.

“Selain itu ia memfokuskan nilai kepimpinan mahasiswa, penjagaan kesihatan mental dan cabaran mendepani isu-isu semasa dan keselamatan negara.

“Ia juga bertujuan bukan sekadar untuk memperkukuhkan pencapaian akademik mahasiswa dan mahasiswi UiTM malah melengkapkan mereka dengan kemahiran insaniah yang kritikal, diperlukan bagi mendepani cabaran masa hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelancaran buku tersebut dirasmikan Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan