AM

KINGMAKER ALLIANZ LIFE, LAHIR GENERASI BAHARU EJEN INSURANS PROFESIONAL

08/10/2024 06:06 PM

KUALA LUMPUR, Oct 8 (Bernama) -- Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) sedang meletakkan piawaian baharu dalam industri insurans hayat dengan projek Kingmaker baharunyayang direka untuk meningkatkan syarikat itu menjadi penanggung insurans terbaik dalam kelasnya di Malaysia.

Allianz Life dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa projek itu merupakan sebahagian daripada strategi syarikat untuk memupuk satu generasi baharu ejen insurans profesional dengan sasaran menggandakan prestasi perniagaan keseluruhan dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Ejen-ejen ini bukan sahaja memberikan pengalaman pelanggan yang tiada tandingannya tetapi juga memainkan peranan penting dalam menjamin masa hadapan untuk rakyat Malaysia,” menurut kenyataan syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Charles Ong dalam kenyataan itu berkata projek itu menekankan pelaburan signifikan dalam alatan dan sistem digital.

Penambahbaikan seperti Alianz 360 untuk ejen dan MyAllianz untuk pelanggan direka bagi memudahkan interaksi yang lebih tepat pada masanya, bermakna dan menarik, yang akhirnya meningkatkan kepuasan pelanggan,” katanya dan menambah inisiatif Kingmaker juga menangani perkara-perkara yang disuarakan ejen dan pelanggannya.

Beliau berkata di Allianz Life, pelanggan adalah pusat kepada kesemua apa yang mereka lakukan dan  mereka komited untuk menempuhi halangan, meningkatkan perhatian kami dan memberi perkhidmatan yang luar daripada kebiasaan.

“Kami percaya untuk mencapainya, ia memerlukan peningkatan profesionalisme dan kepakaran ejen kami,” katanya.

Charles berkata Allianz Life juga menyediakan Allianz Life Changer mereka dengan latihan dan sokongan tahap tertinggi, memperkasakan ejen mereka untuk cemerlang dalam peranan mereka termasuk latihan khusus antaranya seperti Program Kecemerlangan Pinnacle bersama INSEAD, Allianz Masterclass bersama Sandro Forte dan Kinder Brothers International Professional Patterns of Leadership.

Beliau berkata sebagai tambahan Allianz Life menumpukan kepada pembangunan produk mampan yang memenuhi pelbagai peringkat kehidupan seperti Allianz EverLink Plus dan Allianz EverLink Signature yang menyediakan perlindungan liputan tinggi untuk memenuhi keperluan berbeza seperti perancangan harta pusaka.

Dalam mengukuhkan lagi komitmen mereka beliau berkata Allianz Life, bersama Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad di bawah kempen One Allianz, yang menawarkan pelanggannya dengan faedah eksklusif bagi pembelian produk yang layak.

Allianz Life juga menyediakan individu dengan pilihan yang lebih selamat dan menarik untuk menyertai industri insurans hayat, dengan inisiatif seperti program Allianz C.E.O selama 24 bulan untuk mempercepatkan pertumbuhan dan laluan kepada kejayaan sebagai Allianz Life Changer terbaik dalam kelasnya, dengan sokongan kewangan bulanan sehingga RM12,000.

“Apabila anda menyertai Allianz Life Changer, anda bukan sahaja memulakan satu kerjaya yang memperkasakan anda untuk menyampaikan perkhidmatan yang khusus dan bermakna untuk setiap pelanggan,” kata beliau.

Menjadi Allianz Life Changer bermakna menyertai komuniti profesional yang bersemangat dan menjadi sebahagian daripada rangkaian global yang menghargai inovasi, integriti dan kesan ketara keselamatan kewangan.

Mencerminkan komitmen syarikat terhadap keselamatan pekerjaan dan pertumbuhan kerjaya, Allianz Life mencapai peningkatan luar biasa 51.9 peratus dalam pengambilan pada 2023, dengan bilangan ejen baharu meningkat daripada 1,417 pada 31 Dis 2022 kepada 2,152 pada akhir tahun lepas, menjadikan jumlah keseluruhan ejen Allianz sebanyak 5,971 orang.

Butiran lanjut mengenai Allianz Life Changer, boleh didapati di Allianz Life Changer - Allianz Malaysia.

-- BERNAMA

 

Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel tersebut.

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan