BERITA TERGEMPAR   The future of ASEAN must include Timor-Leste, whose inclusion will expand the region's economy and contribute to fulfilling our grand vision - PM Anwar | Laos secara rasmi serah kepengerusian ASEAN kepada Malaysia | 
 POLITIK

PERHIMPUNAN AGUNG MCA AKAN DIADAKAN PADA 19, 20 OKT - CHONG

10/10/2024 01:19 PM

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- MCA akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ke-71 parti itu pada 19 dan 20 Okt ini.

Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon berkata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) kali ini. Ini merupakan kali pertama dalam beberapa tahun parti tersebut menjemput seorang perasmi untuk AGM mereka.

“Perhimpunan ini akan dirasmikan oleh Pengerusi BN. Sudah beberapa tahun MCA tidak menjemput perasmi kerana pertama, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan kemudian selepas Pilihan Raya Umum (PRU), kami mendapati bahawa perhimpunan ini adalah untuk isu dalaman, jadi kami tidak menjemput sesiapa untuk merasmikannya,” katanya.

“Dan bermula tahun ini kita kembali kepada tradisi asal. Yang Amat Berhormat (Ahmad Zahid) juga sudah memberi jawapan akan hadir,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Chong berkata perhimpunan kali ini akan disertai seramai 1,733 perwakilan sayap wanita dan 1,033 perwakilan pemuda yang akan bersidang pada 19 Okt manakala 2,269 perwakilan pusat akan bersidang pada 20 Okt.

Beliau berkata antara resolusi yang bakal dibincangkan pada AGM kali ini adalah mengenai perancangan serta hala tuju parti di dalam menghadapi landskap politik yang berbeza khususnya menjelang PRU akan datang.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan