BERITA TERGEMPAR   The future of ASEAN must include Timor-Leste, whose inclusion will expand the region's economy and contribute to fulfilling our grand vision - PM Anwar | Laos secara rasmi serah kepengerusian ASEAN kepada Malaysia | 
 AM

RM7.7 BILION UNTUK 80 PROJEK PEMBANGUNAN FIZIKAL DI SARAWAK

11/10/2024 04:32 PM

KUCHING, 11 Okt (Bernama) -- Sebanyak 80 projek pembangunan fizikal bernilai RM7.7 bilion sedang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Persekutuan di Sarawak bagi tahun ini, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata projek tersebut melibatkan fasa prakontrak yang bernilai RM3.2 bilion dan fasa pembinaan yang bernilai RM4.5 bilion.

Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Majlis Penyerahan Dua Projek Siap Serentak yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Haji Baki di sini, hari ini, Nanta berkata sebanyak RM152 juta juga diperuntukkan bagi projek-projek penyenggaraan jalan Persekutuan di Sarawak, tahun ini.

“Penyenggaraan melibatkan kerja-kerja berkala bagi permukaan tertutup, dan bukan tertutup, lampu jalan, jambatan, serta peruntukan khas untuk jurutera daerah dan kerja rutin," katanya.

Majlis Penyerahan Dua Projek Siap Serentak itu melibatkan pembinaan bangunan baru untuk SK Jalan Haji Baki dan SK Sungai Spaoh di Sarikei, yang disiapkan oleh Pasukan Projek Khas 2 JKR Persekutuan sebagai agensi pelaksana.

Kos keseluruhan kedua-dua projek berjumlah RM33.63 juta, menggunakan teknologi pembinaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan Sistem Permodelan Maklumat Bangunan (BIM)

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan