BERITA TERGEMPAR   The future of ASEAN must include Timor-Leste, whose inclusion will expand the region's economy and contribute to fulfilling our grand vision - PM Anwar | Laos secara rasmi serah kepengerusian ASEAN kepada Malaysia | 
 JENAYAH & MAHKAMAH

REMAJA LELAKI LEMAS DI SUNGAI SEMUNGKIS

11/10/2024 08:19 PM

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Seorang remaja lelaki ditemukan lemas ketika mandi-manda bersama 11 rakan di kawasan rekreasi di Sungai Semungkis, Hulu Langat, Selangor, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian pada 4.56 petang, sebelum tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn beserta dua jentera digegaskan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, anggota bomba dimaklumkan terdapat seorang remaja lelaki berusia 15 tahun lemas dan tersepit di bahagian batu di lokasi kejadian.

“Kerja-kerja membawa naik mangsa kemudian dilakukan anggota bomba di lapangan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata remaja terbabit yang tinggal di Pandan Perdana di sini disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan