BERITA TERGEMPAR   The future of ASEAN must include Timor-Leste, whose inclusion will expand the region's economy and contribute to fulfilling our grand vision - PM Anwar | Laos secara rasmi serah kepengerusian ASEAN kepada Malaysia | 
 DUNIA

AS SEDIA HADKAN BANTUAN KETENTERAAN KEPADA ISRAEL BERHUBUNG BANTUAN KEMANUSIAAN DI GAZA

11/10/2024 05:49 PM

MOSCOW, 11 Okt (Bernama-Sputnik) -- Amerika Syarikat (AS) bersedia untuk mengehadkan bantuan ketenteraan kepada Israel berhubung isu bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, lapor Sputnik memetik Setiausaha Negara AS Antony Blinken pada Jumaat.

"Jadi, kami telah berhubung secara langsung dengan Israel mengenai kepentingan menangani keperluan kemanusiaan penduduk di Gaza … Kami akan menggunakan undang-undang. 

"Saya mempunyai tanggungjawab berterusan untuk memastikan bahawa bantuan yang kami berikan dilakukan mengikut undang-undang, sama ada ia melibatkan Undang-undang Leahy, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, atau perkara lain yang menjadi tanggungjawab kami," kata Blinken pada sidang media selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Laos.

Sidang Kemuncak ASEAN itu diadakan dari 6-11 Oktober di Vientiane, Laos.

--BERNAMA-SPUTNIK

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan